KONSEP PERTANDINGAN KEMAHIRAN
BOLA TAMPAR PERINGKAT NEGERI 2021
“PERTANDINGAN KEMAHIRAN BOLA TAMPAR
MSSPP ATAS TALIAN 2021” ini diadakan untuk menyahut seruan Bahagian Sukan,
Kokurikulum dan Kessenian (BSKK) untuk mengadakan program pertandingan
kemahiran sukan bagi sukan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) secara atas
talian. Program ini menyediakan platform untuk atlet terus mempunya semangat
untuk bertanding dan mengekalkan kemahiran walaupon menghadapi pelbagai cabaran
akibat penularan pandemic COVID-19.
Konsep “Pertandingan Kemahiran Bola
Tampar MSSPP Atas Talian” adalah
menerusi rakaman video dan kemudian muat naik keinternet. Peserta menghantar
pautan video tersebut kepada barisan pengadil untuk diadili. Sepanjang rakaman
video berlangsung, pematuhan SOP adalah amat penting dan menjadi keutamaan
sepanjang masa rakaman video itu berlangsung.
“Pertandingan Kemahiran Bola Tampar
MSSPP Atas Talian” ini ialah cabaran kemahiran individu untuk melaksanakan
kemahiran asas dalam sukan bola tampar untuk mendapatkan mata dan pemain yang
mendapat mata yang tertinggi akan memenagi pertandingan ini.
2. OBJEKTIF
2.1
Memberi ruang kepada semua
murid meraih markah PAJSK.
2.2
Membentuk gaya hidup sihat
melalui sukan bola tampar
2.3
Mempertingkatkan kemahiran asas
murid-murid dalam sukan bola tampar.
3. KATEGORI
3.1
Kategori Lelaki Bawah 18 tahun
3.2
Kategori Perempuan Bawah 18
tahun
3.3
Kategori Lelaki Bawah 12 tahun
3.4
Kategori Perempuan Bawah 12
tahun
4. STRUKTUR PERTANDINGAN
4.1 KRITERIA SUKAN.
Kemahiran yang
digunakan sepanjang rakaman video hendaklah selari dengan kemahiran
asas bola tampar
iaitu MENYANGGA dan MENGUMPAN sahaja.
4.2 PERATURAN AM PERTANDINGAN
4.2.1
Penyertaan adalah terbuka
kepada semua pelajar sekolah Pulau Pinang sahaja.
4.2.2
Setiap sekolah boleh menghantar
maksimum 5 rakaman pemain sahaja bagi
setiap kategori.
4.2.3
Pengambilan rakaman video hanya
“ONE SHOOT” dan perlu merangkumi
keseluruhan seorang pemain bersama bola yang dimainkan. Sebarang penyuntingan(editing) adalah tidak
dibenarkan. Jika terdapat suntingan pada video, pengadil akan membatalkan
penyertaan video tersebut.
4.2.4
Rakaman video ini tidak boleh
lebih dari 4 minit termasuk masa persediaan. Pengiraan masa akan bermula dengan
sentuhan pertama dengan bola.
4.3 ACARA WAJIB DAN ACARA
BEBAS
4.3.1
Pemain perlu melakukan kemahiran menyangga bagi acara wajib dan
acara bebas dalam minit pertama. Acara wajib ialah menyangga sebanyak 10 kali
berturut-turut dengan bola yang disangga
hendaklah melepasi paras kepala dalam kedudukan setempat. Selepas melakukan aktiviti wajib, pemain adalah
bebas menyangga mengikut tahap kesukaran
dan kreativiti. Pemain diberi masa persediaan sebanyak 20 saat selepas
melakukan kemahiran menyangga.
4.3.2
Pemain perlu melakukan kemahiran mengumpan untuk acara wajib
dan acara bebas dalam minit kedua. Acara wajib ialah mengumpan sebanyak 10 kali
berturut-turut dalam kedudukan setempat.
Selepas melakukan aktiviti wajib, pemain adalah bebas mengumpan mengikut
tahap kesukaran dan kreativiti. Pemain diberi masa 20 saat selepas melakukan
kemahiran mengumpan.
4.3.3
Pemain perlu melakukan gabungan kemahiran menyangga dan mengumpan
untuk acara wajib dan acara bebas dalam minit ketiga. Acara wajib ialah mengumpan dan menyangga berselang-seli 2 kali
sebanyak 5 urutan (2 kali menyangga diikuti dengan 2 kali mengumpan dikira
satu urutan dan kembali keaksi menyangga untuk urutan kedua). Selepas melakukan
aktiviti wajib, pemain adalah bebas menyangga dan mengumpan mengikut tahap
kesukaran dan kreativiti. Dalam minit ketiga ini, pemain yang Berjaya melakukan
aksi menyangga dan mengumpan dengan sempurna sahaja dikira.
4.3.4
Markah akan ditolak jika pemain tidak dapat menepati syarat pertandingan
4.3.5
Pemain akan dinilai mengikut 2 aspek iaitu acara wajib dan bebas
mengikut borang skor yang dilampirkan
4.3.6
Jika jumlah markah keseluruhan adalah sama, ketinggian markah dalam
kreativiti akan menentukan pemenang. Jika markah kreativiti masih sama maka
ketinggian markah dalam tahap kesukaran akan diambil kira
4.3.7
Peraturan yang tidak dinyatakan di sini bolehlah rujuk kepada Peraturan Am MSSM
4.3.8
KEPUTUSAN PENGADIL ADALAH MUKTAMAD
4.4 PERSEDIAAN SEBELUM RAKAMAN
4.4.1
Tempat merakam adalah bebas
4.4.2
Semasa rakaman dibuat, pemain tidak dibenarkan memakai pakaian
yang mengandungi identiti sekolah/Daerah/Negeri
4.4.3
Pemain hanya dibenarkan
menggunakan jenis bola tampar sahaja.
Bola jenis lain tidak boleh digunakan seperti bola jaring, bola sepak dan
sebagainya.
4.5
JADUAL PELAKSANAAN
4.5.1
Bengkel Penyelarasan Kehakiman
dan Teknikal : 9.08.2021
4.5.2
Penataraan Konsep Pertandingan
kepada Penolong
Kanan Kokurikulum : 16.08.2021
4.5.3
Taklimat Pengurus Pasukan Sekolah : 19.08.2021
4.5.4
Tempoh pertandingan : 20.8.2021 ==> 13.09.2021
5. HADIAH DAN SIJIL
5.1 TROFI
BIL
|
HADIAH
--TROFI
|
JOHAN
|
NAIB JOHAN
|
KETIGA
|
1
|
Berpasukan Lelaki B18 Tahun
|
1
|
1
|
1
|
2
|
Berpasukan Perempuan B18 Tahun
|
1
|
1
|
1
|
3
|
Berpasukan Lelaki B12 Tahun
|
1
|
1
|
1
|
4
|
Berpasukan Perempuan B12 Tahun
|
1
|
1
|
1
|
|
JUMLAH TROFI
|
4
|
4
|
4
|
|
JUMLAH KESELURUHAN TROFI
|
12
|
5.2
MEDAL
BIL
|
HADIAH –MEDAL+SIJIL
|
JOHAN
|
NAIB JOHAN
|
KETIGA
|
KEEMPAT
|
KELIMA
|
1
|
Individu Lelaki B18 Tahun
|
1
|
1
|
1
|
1
|
1
|
2
|
Individu Perempuan B18 Tahun
|
1
|
1
|
1
|
1
|
1
|
3
|
Individu Lelaki B12 Tahun
|
1
|
1
|
1
|
1
|
1
|
4
|
Individu Perempuan B12 Tahun
|
1
|
1
|
1
|
1
|
1
|
5
|
Berpasukan Lelaki B18 Tahun
|
5
|
5
|
5
|
-
|
-
|
6
|
Berpasukan Perempuan B18 Tahun
|
5
|
5
|
5
|
-
|
-
|
7
|
Berpasukan Lelaki B12 Tahun
|
5
|
5
|
5
|
-
|
-
|
8
|
Berpasukan Perempuan B12 Tahun
|
5
|
5
|
5
|
-
|
-
|
|
JUMLAH MEDAL
|
24
|
24
|
24
|
4
|
4
|
|
|
JUMLAH KESELURUHAN MEDAL
|
80
|
* Kategori Berpasukan tempat
“Keempat” dan “Kelima” juga akan menerima Sijil Pencapaian
|
5.3
Video peserta individu yang
akan mewakili Pulau Pinang ke peringkat kebangsaan(MSSM) berjumlah 20 buah
melalui pemenang seperti berikut:
BIL
|
PESERTA KE MSSM
|
JOHAN
|
NAIB JOHAN
|
KETIGA
|
KEEMPAT
|
KELIMA
|
1
|
Individu Lelaki B18 Tahun
|
1
|
1
|
1
|
1
|
1
|
2
|
Individu Perempuan B18 Tahun
|
1
|
1
|
1
|
1
|
1
|
3
|
Individu Lelaki B12 Tahun
|
1
|
1
|
1
|
1
|
1
|
4
|
Individu Perempuan B12 Tahun
|
1
|
1
|
1
|
1
|
1
|
LAMPIRAN
BORANG SKOR
NAMA PESERTA:
NO KAD PENGENALAN: NEGERI:
DAERAH: SEKOLAH:
|
|
ACARA WAJIB
|
ACARA BEBAS
|
JUMLAH MARKAH:
/120
|
Bilangan
(10 Markah)
|
TAHAP KESUKARAN (
10 Markah )
|
Bilangan
(5 Markah)
|
KREATIVITI
(
10 Markah )
|
Bilangan
(5 Markah)
|
Menyangga (Minit -1)
|
|
|
|
|
|
Mengumpan (Minit-2)
|
|
|
|
|
|
Gabungan (Minit-3)
|
|
|
|
|
|
JUMLAH
|
|
|
|
|
|
Contoh aktiviti mengumpan dan menyangga untuk pertandingan