Monday 12 June 2023

11.6.2023 | Kenyataan MAVA dalam Facebook rasminya mengenai prestasi dan pencapaian Pemain Bola Tampar Pantai Pulau Pinang. Tahniah Aina Dan Auni Serta Jurulatih mereka Cikgu Bun dari SK Seri Penanti.

Mava ingin mengucapkan Tahniah kepada atlet Bola Tampar Pantai Kebangsaan, Farwizah Aina Bt Ahmad Nizar dan Nur Auni Maisarah bt Shamsulrizal, kerana berjaya memenangi Anugerah Pasukan Wanita Terbaik Pulau Pinang (2019-2022). Majlis Anugerah Tertinggi Negeri Pulau Pinang tersebut telah dijayakan di Bertam Resort. Anugerah ini adalah penghargaan yang terbaik atas kejayaan Farwizah Aina dan Auni Maisarah yang menjadi Johan Kebangsaan sebanyak 3 kali, mendapat pingat Gangsa kelayakan Komanwel 2022, Naib Johan dan Tempat Ketiga Singapore National Series, mencapai kedudukan 4 Terbaik Asia U19 dan mencipta sejarah layak ke Kejohanan Dunia U19 Turkiye. Anugerah tertinggi bagi Sukan Negeri Pulau Pinang tersebut telah disampaikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Chow Kon Yeow. Turut menyaksikan kemenangan pasukan Bola Tampar Pantai di majlis yang penuh gilang gemilang ini ialah Tetamu Kehormat, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi Bin Haji Abdul Razak. Pihak Mava turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada Exco Sukan Negeri Pulau Pinang, YB Soon Lip Chee dan Pengarah MsnPp, En Harry Chai atas penghargaan kepada kejayaan sukan Bola Tampar Pantai. Mava juga ingin mengucapkan tahniah kpd MsnPp atas usaha keras menyediakan dan merangka program pembangunan serta latihan sehingga berjaya memartabatkan sukan ini di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Pihak Mava turut merakamkan jutaan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri yang membantu dari segi pengurusan kelulusan atlet ke luar negara, dan juga sudah memulakan program-program pembangunan sukan bola tampar pantai. Mava mendapat maklum bahawa Unit Pembangunan Bakat Murid Pulau Pinang, UpbmPp telah memulakan langkah awal membangunkan sukan bola tampar pantai melalui sekolah rendah yang dipilih. Langkah ini turut menjadi pencetus kejayaan pasukan Bola Tampar Pantai Malaysia U19 di peringkat Antarabangsa. Tahniah kami ucapkan. Dengan anugerah dan pengiktirafan yang diberikan ini, pihak Mava berharap akan lahirnya lebih ramai atlet-atlet bola tampar pantai berprestasi tinggi dan cemerlang di peringkat antarabangsa nanti. #malaysiavolleyball #volleyballmalaysia #beachvolleyball #MAVA #TeamMalaysia