Tuesday 24 August 2021

PENGHANTARAN VIDEO KEMAHIRAN BOLA TAMPAR MSSPP ATAS TALIAN PERINGKAT NEGERI

KEPADA MANA-MANA PENGURUS YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI PERTANDINGAN VIDEO KEMAHIRAN BOLA TAMPAR MSSPP ATAS TALIAN PERINGKAT NEGERI, DIKEHENDAKI MEMBACA ARAHAN YANG DINYATAKAN SEBELUM MENGISI BORANG YANG DISERTAKAN.

SEKOLAH MENENGAH

SILA BACA SEBELUM MULA MENGISI MAKLUMAT:

1. TARIKH TUTUP PENGHANTARAN VIDEO ADALAH 13 SEPTEMBER 2021

2. SILA SEDIAKAN SEMUA DATA PESERTA SEBELUM MULA MENGISI MAKLUMAT

3. ANDA DIWAJIBKAN MEMBUAT PENGISIAN MAKLUMAT SEMUA PESERTA SEKALIGUS

4. SETIAP AKAUN EMAIL HANYA DIBENARKAN 1 KALI SAHAJA DAFTAR MASUK

5. PASTIKAN MAKLUMAT DIISI DENGAN BETUL SEBELUM HANTAR, 'EDIT' JIKA ADA KESALAHAN

6. BORANG INI MENGANDUNGI 3 BAHAGIAN"

    A. MAKLUMAT SEKOLAH DAN PENGURUS/GURU PENASIHAT

    B. MAKLUMAT PESERTA KATEGORI L18 TKB (Section 3-7)

    C. MAKLUMAT PESERTA KATEGORI P18 TKB (Section 8-12)

7. SILA 'SKIP' DENGAN MENEKAN BUTANG 'NEXT' JIKA 'Section' TIDAK BERKAITAN DENGAN PESERTA ANDA

SILA KLIK UNTUK BORANG:

BORANG PENGHANTARAN VIDEO KEMAHIRAN BOLA TAMPAR MSSPP ATAS TALIAN PERINGKAT NEGERI 2021 (MENENGAH) 




SEKOLAH RENDAH

SILA BACA SEBELUM MULA MENGISI MAKLUMAT:

1. TARIKH TUTUP PENGHANTARAN VIDEO ADALAH 13 SEPTEMBER 2021

2. SILA SEDIAKAN SEMUA DATA PESERTA SEBELUM MULA MENGISI MAKLUMAT

3. ANDA DIWAJIBKAN MEMBUAT PENGISIAN MAKLUMAT SEMUA PESERTA SEKALIGUS

4. SETIAP AKAUN EMAIL HANYA DIBENARKAN 1 KALI SAHAJA DAFTAR MASUK

5. PASTIKAN MAKLUMAT DIISI DENGAN BETUL SEBELUM HANTAR, 'EDIT' JIKA ADA KESALAHAN

6. BORANG INI MENGANDUNGI 3 BAHAGIAN"

    A. MAKLUMAT SEKOLAH DAN PENGURUS/GURU PENASIHAT

    B. MAKLUMAT PESERTA KATEGORI L12 TKB (Section 3-7)

    C. MAKLUMAT PESERTA KATEGORI p12 TKB (Section 8-12)

7. SILA 'SKIP' DENGAN MENEKAN BUTANG 'NEXT' JIKA 'Section' TIDAK BERKAITAN DENGAN PESERTA ANDA


SILA KLIK UNTUK BORANG:

BORANG PENGHANTARAN VIDEO KEMAHIRAN BOLA TAMPAR MSSPP ATAS TALIAN PERINGKAT NEGERI 2021 (RENDAH)

Tuesday 17 August 2021

KONSEP PERTANDINGAN KEMAHIRAN BOLA TAMPAR PERINGKAT NEGERI 2021

  

    KONSEP PERTANDINGAN KEMAHIRAN BOLA TAMPAR  PERINGKAT NEGERI 2021

     “PERTANDINGAN KEMAHIRAN BOLA TAMPAR MSSPP ATAS TALIAN 2021” ini diadakan untuk menyahut seruan Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kessenian (BSKK) untuk mengadakan program pertandingan kemahiran sukan bagi sukan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) secara atas talian. Program ini menyediakan platform untuk atlet terus mempunya semangat untuk bertanding dan mengekalkan kemahiran walaupon menghadapi pelbagai cabaran akibat penularan pandemic COVID-19.

Konsep “Pertandingan Kemahiran Bola Tampar MSSPP Atas Talian”  adalah menerusi rakaman video dan kemudian muat naik keinternet. Peserta menghantar pautan video tersebut kepada barisan pengadil untuk diadili. Sepanjang rakaman video berlangsung, pematuhan SOP adalah amat penting dan menjadi keutamaan sepanjang masa rakaman video itu berlangsung.

“Pertandingan Kemahiran Bola Tampar MSSPP Atas Talian” ini ialah cabaran kemahiran individu untuk melaksanakan kemahiran asas dalam sukan bola tampar untuk mendapatkan mata dan pemain yang mendapat mata yang tertinggi akan memenagi pertandingan ini.

 

2.       OBJEKTIF

2.1   Memberi ruang kepada semua murid meraih markah PAJSK.

2.2   Membentuk gaya hidup sihat melalui sukan bola tampar

2.3   Mempertingkatkan kemahiran asas murid-murid dalam sukan bola tampar.

 

3.       KATEGORI

3.1   Kategori Lelaki Bawah 18 tahun

3.2   Kategori Perempuan Bawah 18 tahun

3.3   Kategori Lelaki Bawah 12 tahun

3.4   Kategori Perempuan Bawah 12 tahun

 

4.       STRUKTUR PERTANDINGAN

 

4.1   KRITERIA SUKAN.

Kemahiran yang digunakan sepanjang rakaman video hendaklah selari dengan kemahiran

asas bola tampar iaitu MENYANGGA dan MENGUMPAN sahaja.

 

 4.2   PERATURAN AM PERTANDINGAN

4.2.1         Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelajar sekolah Pulau Pinang sahaja.

4.2.2         Setiap sekolah boleh menghantar maksimum 5 rakaman pemain sahaja bagi setiap kategori.

4.2.3         Pengambilan rakaman video hanya “ONE SHOOT” dan perlu merangkumi keseluruhan seorang pemain bersama bola yang dimainkan. Sebarang penyuntingan(editing) adalah tidak dibenarkan. Jika terdapat suntingan pada video, pengadil akan membatalkan penyertaan video tersebut.

4.2.4         Rakaman video ini tidak boleh lebih dari 4 minit termasuk masa persediaan. Pengiraan masa akan bermula dengan sentuhan pertama dengan bola.

 

4.3   ACARA WAJIB DAN ACARA BEBAS

4.3.1         Pemain perlu melakukan kemahiran menyangga bagi acara wajib dan acara bebas dalam minit pertama. Acara wajib  ialah menyangga sebanyak 10 kali berturut-turut dengan bola yang disangga  hendaklah melepasi paras kepala dalam kedudukan setempat. Selepas melakukan aktiviti wajib, pemain adalah bebas menyangga  mengikut tahap kesukaran dan kreativiti. Pemain diberi masa persediaan sebanyak 20 saat selepas melakukan kemahiran menyangga.

4.3.2         Pemain perlu melakukan kemahiran mengumpan untuk acara wajib dan acara bebas dalam minit kedua. Acara wajib ialah mengumpan sebanyak 10 kali berturut-turut dalam kedudukan setempat. Selepas melakukan aktiviti wajib, pemain adalah bebas mengumpan mengikut tahap kesukaran dan kreativiti. Pemain diberi masa 20 saat selepas melakukan kemahiran mengumpan.

4.3.3         Pemain perlu melakukan gabungan kemahiran menyangga dan mengumpan untuk acara wajib dan acara bebas dalam minit ketiga. Acara wajib ialah mengumpan dan menyangga berselang-seli 2 kali sebanyak 5 urutan (2 kali menyangga diikuti dengan 2 kali mengumpan dikira satu urutan dan kembali keaksi menyangga untuk urutan kedua). Selepas melakukan aktiviti wajib, pemain adalah bebas menyangga dan mengumpan mengikut tahap kesukaran dan kreativiti. Dalam minit ketiga ini, pemain yang Berjaya melakukan aksi menyangga dan mengumpan dengan sempurna sahaja dikira.

4.3.4         Markah akan ditolak jika pemain tidak dapat menepati syarat pertandingan

4.3.5         Pemain akan dinilai mengikut 2 aspek iaitu acara wajib dan bebas mengikut borang skor yang dilampirkan

4.3.6         Jika jumlah markah keseluruhan adalah sama, ketinggian markah dalam kreativiti akan menentukan pemenang. Jika markah kreativiti masih sama maka ketinggian markah dalam tahap kesukaran akan diambil kira

4.3.7         Peraturan yang tidak dinyatakan di sini bolehlah rujuk kepada Peraturan Am MSSM

4.3.8         KEPUTUSAN PENGADIL ADALAH MUKTAMAD

 4.4   PERSEDIAAN SEBELUM RAKAMAN

4.4.1         Tempat merakam adalah bebas

4.4.2         Semasa rakaman dibuat, pemain tidak dibenarkan memakai pakaian yang mengandungi identiti sekolah/Daerah/Negeri

4.4.3         Pemain hanya dibenarkan menggunakan jenis bola tampar sahaja. Bola jenis lain tidak boleh digunakan seperti bola jaring, bola sepak dan sebagainya.

 

4.5   JADUAL PELAKSANAAN

4.5.1         Bengkel Penyelarasan Kehakiman dan Teknikal        : 9.08.2021

4.5.2         Penataraan Konsep Pertandingan kepada Penolong

                Kanan Kokurikulum                                                 : 16.08.2021

4.5.3         Taklimat Pengurus Pasukan Sekolah                          : 19.08.2021

4.5.4         Tempoh pertandingan                                         : 20.8.2021 ==> 13.09.2021

 

5.       HADIAH DAN SIJIL

5.1  TROFI

BIL

HADIAH --TROFI

JOHAN

NAIB JOHAN

KETIGA

1

Berpasukan Lelaki B18 Tahun

1

1

1

2

Berpasukan Perempuan B18 Tahun

1

1

1

3

Berpasukan Lelaki B12 Tahun

1

1

1

4

Berpasukan Perempuan B12 Tahun

1

1

1

 

JUMLAH TROFI

4

4

4

 

JUMLAH KESELURUHAN TROFI

12

 

5.2   MEDAL 

 

BIL

HADIAH –MEDAL+SIJIL

JOHAN

NAIB JOHAN

KETIGA

KEEMPAT

KELIMA

1

Individu Lelaki B18 Tahun

1

1

1

1

1

2

Individu Perempuan B18 Tahun

1

1

1

1

1

3

Individu Lelaki B12 Tahun

1

1

1

1

1

4

Individu Perempuan B12 Tahun

1

1

1

1

1

5

Berpasukan Lelaki B18 Tahun

5

5

5

-

-

6

Berpasukan Perempuan B18 Tahun

5

5

5

-

-

7

Berpasukan Lelaki B12 Tahun

5

5

5

-

-

8

Berpasukan Perempuan B12 Tahun

5

5

5

-

-

 

JUMLAH MEDAL

24

24

24

4

4

 

 

JUMLAH KESELURUHAN MEDAL

80

* Kategori Berpasukan tempat “Keempat” dan “Kelima” juga akan menerima Sijil Pencapaian

 

5.3   Video peserta individu yang akan mewakili Pulau Pinang ke peringkat kebangsaan(MSSM) berjumlah 20 buah melalui pemenang seperti berikut:

 

BIL

PESERTA KE MSSM

JOHAN

NAIB JOHAN

KETIGA

KEEMPAT

KELIMA

1

Individu Lelaki B18 Tahun

1

1

1

1

1

2

Individu Perempuan B18 Tahun

1

1

1

1

1

3

Individu Lelaki B12 Tahun

1

1

1

1

1

4

Individu Perempuan B12 Tahun

1

1

1

1

1

 

  

 LAMPIRAN

 

BORANG SKOR

 

NAMA PESERTA:

 

NO KAD PENGENALAN: NEGERI:

DAERAH: SEKOLAH:

 

ACARA WAJIB

ACARA BEBAS

JUMLAH MARKAH:

 

/120

Bilangan

 

(10 Markah)

TAHAP KESUKARAN (

10 Markah )

Bilangan

 

(5 Markah)

KREATIVITI (

 

10 Markah )

Bilangan

 

(5 Markah)

Menyangga (Minit -1)

 

 

 

 

 

Mengumpan (Minit-2)

 

 

 

 

 

Gabungan (Minit-3)

 

 

 

 

 

JUMLAH

 

 

 

 

 

 

 Contoh aktiviti  mengumpan dan menyangga untuk pertandingan